Thursday, August 27, 2009
note: Yg, u izinkan kan Qistina bf smpai 2-3 years?? heheheh..
This is what i found;
Misteri #1: Menyusu Ketika Mengandung
Ibu mertuaku pernah jugak halang daripada continue BF Hafiy (jantan sulung saya) time
mengandungkan anak second, Fahry. Antara alasannya takut-takut anak dalam perut
kurang khasiat untuk membesar. Kalau anda pernah meyusukan anak ‘sambil’ pregnant,
mungkin anda juga mengalami dilema yang sama...
Namun hakikatnya, mana ada isu kekurangan zat baby dalam kandungan...
Sebab, semua zat-zat dari makanan anda; KFC ke, McD ke, Vitamin Shaklee ke & etc.,
akan diserap oleh bayi dalam kandungan dahulu. Yang lebih-lebih tu (tapi bukan lah
hampas-hampas makanan jer) baru la disalurkan kepada anda (ibu) sendiri. Yang
kemudiannya, memberi anda tenaga untuk bekerja; atau mungkin juga membesarkan
saiz badan anda, dan seterusnya menghasilkan susu untuk anak anda yang dah lahir tu.
Tapi... bukan bermakna dah tak ada zat untuk anak yang anda susukan tu. Nama pun
ZAT yang disalurkan. Tak adalah masalah kekurangan zat, melainkan anda memang
menghadapi masalah kurang zat makanan.
Ada juga yang kata, menyusu semasa mengandung tu seolah-olah mencuri hak
adiknya. Tak ada dalil terhadap hak siapa-siapa ke atas susu ibu... ia adalah hak anak!
Anak besar ke anak kecil ke, selagi berumur 2 tahun ke bawah, adalah hak mereka
untuk disusukan.
Ada juga kata, nanti si abang hisap darah adiknya! Aduh, susu ibu dihasilkan di mana
dan dari apa? Dibuat di dalam rahim ke? Susu ibu kilangnya di payudara, memang betul
ada urat dari payudara bersambung ke rahim, tapi susu tu tak datang dari darah si adik.
Jangan risau, tiada masalah langsung untuk menyusukan semasa mengandung.
Namun begitu, harus diingat, kebanyakan ibu akan mengalami masalah susu merudum
secara mendadak sepanjang proses kehamilan kerana perubahan hormon (walaupun
ada yang tidak terjejas). Tambahan pula, penghasilan kolostrum semasa trimester
kedua kadang-kala menyebabkan anak yang sedang menyusu akan berpisah susu
dengan sendiri.
Apa-apa hal pun, sebelum decide sama ada ingin menyusu semasa mengandung atau pun tidak, cuba perhatikan sekiranya anda mengalami kontraksi pramatang, pendarahan atau kesakitan pada abdomen. Kerana dikhuatiri jika anda teruskan jugak, penyusuan boleh menjejaskan kandungan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan normal, kontraksi akibat hisapan payudara
oleh anak anda tak lah sekuat kontraksi yang anda alami semasa perhubungan seks. Kalau
anda masih melakukan hubungan seks semasa mengandung, mengapa tidak menyusukan anak? Mungkin sebab hubungan seks lebih utama?
Ingat, jika anda ingin menyusu semasa mengandung, pastikan anda mendapat kalori
yang cukup. Fakta:
Keadaan Wanita Keperluan Kalori
wanita mengandung 500 KCl
wanita menyusu 300 KCl
wanita mengandung + menyusu 800 KCl
So, kalau anda biasa makan 2 senduk nasi time mengandung, mungkin anda perlu
makan 3 senduk kalau mengandung dan menyusu. Anda juga memerlukan rehat yang
mencukupi demi kandungan dan juga penyusuan. Alasan yang mantap untuk suami
tolong kerja dapur anda...
Misteri #2: Menyusu di Tempat Awam
Ramai juga ibu (bapa pun) yang segan menyusukan bayi masing-masing di tempat-tempat awam, contohnya shopping complex seperti KLCC Suria, Mid Valley, One Utama, Mesra Mall, Kuantan Parade etc. Apatah lagi, ibu-ibu generasi masa kini menjadikan ‘shopping’ sebagai terapi stress yang berkesan! Malah ada juga ibu yang malu untuk menyusu bayi bila bertandang ke rumah saudaramara, terutama kalau ada majlis kenduri ke apa-apa. Sampai ada yang tidak mahu pergi ke tempat macam sebab takut anak minta susu di tengah-tengah ramai. Kalau majlis makan malam company, logik juga lah kalau tak mau pergi, tapi kalau saudara-mara, atau kawan-kawang yang jemput ke majlis mereka, lepas tu kita kata tak boleh pergi sebab breastfeeding, apa perasaan mereka agaknya ya. Entah-entah ada yang terus tak mau breastfeed anak sebab susah nak pergi ke mana-mana. Paling kasihan, sanggup tak balik kampung bila ramai orang, contohnya musim rayalah, sebab segan nak menyusukan anak bila ramai-ramai begitu. Tak eloklah begitu, kata nak menyusu sebab ikut al-Quran, tapi nak korbankan bab silaturrahim, tak molek lah kan. Kalau boleh, biarlah semuanya selari. Anda tidak perlu malu untuk menyusukan bayi di tempat awam sebenarnya. Apa yang anda perlukan cuma pakaian yang sesuai dan mungkin kain penutup yang sedikit lebar, cukup untuk melindungi bayi anda yang sedang menyusu di payudara anda. Kalau bertandang ke rumah sahabat handai dan saudara mara pun, lakukan perkara yang sama. Kalau segan juga, pinjamlah bilik tidur atau bilik apa-apa yang sesuai. Jangan bilik air sudahlah. Bila balik kampung yang tak ada bilik, kalau segan nak tidur ramai-ramai di hall, takut terselak, mintalah izin nak tidur dalam bilik (Takkan satu rumah tak ada bilik langsung kot). Tak patut kalau mak/mentua/nenek kita nak berkira sebab kita bukannya nak bersenang-senang dalam bilik, sebaliknya nak menyusu cucu/cicit mereka kan. Ingat, kita cuma nak menyusukan bayi, bukan mempamerkan buah dada. Jadi, jangan segan-segan, dan coverlah bahagian tu betul-betul. Bab cover tu, kadang-kadang, saya cuma cover guna tudung saja. So, sangat advantage bagi ibu-ibu yang pakai tudung labuh. Memang menarik sekiranya anda cukup konfiden untuk menyusukan anak di manamana
saja. Jangan terkejut jika anda sebenarnya boleh menyusu sambil jalan window shopping!
Baby sling iaitu carrier yang sesetengah orang gunakan untuk mengendong bayi tu, boleh
digunakan jika anda nak bershopping sambil menyusukan anak, tanpa was-was. Sambil
berjalan okeh! Cuma pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk penyusuanlah, jangan
pula terselak sana terselak sini. Penyusuan susu ibu sepatutnya menjadi sesuatu yang memudahkan. Anda tidak perlu membawa peralatan untuk menyusu ke mana-mana. Tak
perlulah bersusah payah membawa frozen EBM keluar, sebab anda membawa kilang susu
bersama kan? Memadai dengan pakaian yang sesuai dan kain penutup. Kecuali jika anda perlu memandu atau mengikuti rawatan badan atau kelas erobik selama 5 jam tanpa henti yang tidak membolehkan anda menyusu direct, logik jika anda mahu bersusah-susah membawa EBM.
Jika tidak, tidak perlulah membuat kerja leceh sebegitu. Leceh? Memang leceh. Mana nak bawa cooler bag, warmer segala. Ingat, EBM beku tidak boleh dibiarkan cair dan ‘hangat’ dalam suhu bilik! Jadi, jika anda tidak menghadapi situasi yang menjarakkan anda dengan bayi untuk tempoh yang lama, memadailah anda sehelai sepinggang bersama bayi dan diaper beg saja. Senang dan tidak perlukan extra beg, bukan? Malah jika kain penutup anda jenis yang nipis dan ringan, anda cuma perlu masukkan dalam beg tangan ajer.
Misteri #3: Menyusu Semasa Anda Sakit
Pernah sekali seluruh keluarga saya dijangkiti demam. Paling teruk, Hafiy sampai demam panas, 400C! Saya sendiri demam flat seminggu. Sehingga suami saya pesan ‘tak payah la susukan Fahry, takut nanti dia pun demam’. Tapi, betul ke kalau demam ibu tak boleh susukan anak?
Sebenarnya, walaupun demam panas mendidih ke, demam kepialu ke, or even demam
chikunguya, ibu-ibu masih boleh menyusukan bayi mereka. Even ibu yang kena breast cancer pun masih boleh menyusu...Malah amatlah digalakkan! Kecuali kalau anda ada jangkitan HIV lah, dan jika doktor pakar yang pro-BF atau LC menasihatkan supaya jangan. Jangan memandai dari mereka pula nanti lain pula jadinya.....Sewaktu sakit, susu badan akan menghasilkan antibodi melawan penyakit yang anda tengah alami tu. Dan sekiranya bayi anda diberi minum susu tersebut, secara tidak langsung dia pun mendapat antibodi anda dan melindunginya daripada penyakit itu. Tidak perlu makan antibiotik? Itu kena tanya doktor la ma...Amaran...
Seandainya, anda demam dan anak susuan anda dijangkiti sakit yang sama, jangan ingat itu disebabkan jangkitan daripada susuan ok. Sebab itu adalah sangat mustahil.
Anak anda dijangkiti sakit mungkin kerana terdedah kepada jangkitan virus daripada
udara, sentuhan, cecair badan dan sebagainya. Jika berlaku kepada anda, JANGAN BERHENTI MENYUSU! Anda perlu memberikan antibodi yang cukup kepada anak anda supaya dia cukup kuat melawan pemyakit. Anda tergolong dalam golongan orang yang rugi jika anda berhenti
menyusu bila bayi anda sakit kerana dia gagal mendapatkan mendapat antibodi yang tubuh anda hasilkan. Jika anda dijangkiti penyakit semasa menyusu, beritahu doktor anda dan make sure anda dibekalkan ubat yang sesuai dengan wanita menyusu. Sebab ada beberapa jenis
dadah dan boleh meresap ke dalam air susu. Jangan malu-malu nak beritahu doktor yang anda BF. Silap-silap dia beri ubat yang tinggi kandungan sedatifnya, bayi boleh mengantuk sama. Bahaya kalau bayi bawah 6 bulan termengantuk sebab dadah ni. Kerana tu hospital jarang yang bagi ubat batuk pada bayi. Silap gaya, dalam mengantuk-ngantuk tu nyawa boleh malayang, sebab mereka lupa nak bernafas!
Misteri # 4 Menyusu Melebihi 2 tahun
Dalam masyakarat kita, menyusu melebihi usia anak 2 tahun memang satu kontroversi. Ada orang kata, bila menyusu lebih 2 tahun, anak jadi bodoh la, sakit la etc. Atas alasan, susu ibu dah tak cukup zat, dan jadi ‘racun’. Dan jugak, biasalah kan, bila budak-budak dah boleh berjalan, kalau masih menyusu mesti ada yang cakap “Apa ni dah besar pun nenen lagi, tak malu ke?”, padahal budak tu tak sampai 2 tahun pun lagi. – Hafiy pun kena ni! Kalau dah 2 tahun lebih apatah lagi, confirmconfirm kena kutuk manjang! Ada juga berpendapat kalau menyusu melebihi
usia 2 tahun anak tersebut mudah dijangkiti penyakit-penyakit berkaitan darah dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengaitkan penyusuan melebihi usia 2 tahun dengan salah orientasi seksual bila anak dah dewasa! Malah ada yang juga kata kalau menyusu melebihi usia 2 tahun, bukan memberi anak susu tetapi darah! Darah putih Mahsuri tu kot...Dahsyat tak??? Tapi tu orang kata la...Kalau ada orang cakap macam tu kat saya, sure kene tembak balik punya...
Sebenarnya tiada bukti, fakta atau nas yang memperkatakan tentang perkara tersebut. Malah, di luar Negara ada ibu yang menyusukan anak sehingga usia anak tersebut 8 tahun tanpa sebarang masalah. Anak yang disusukan bijak dan sihat seperti kanakkanak lain juga. Sebab Quran (untuk Muslim) pun dah cakap, “Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” – al-Baqarah ayat 233.
Ibnu Kathir pula ada menerangkan tentang maksud nsempurnanya sebuah penyusuan, adalah syarat seorang bayi untuk menjadi anak susuan (menjadi mahram kepada ibu yang menyusui serta mahram kepada anak-anak ibu tersebut) iaitu mesti berumur kurang dari 2 tahun. Jika anak yang menyusui itu melebihi usia 2 tahun, dia tidak akan menjadi anak susuan. Imam Malik beritahu “Jika seorang anak itu berhenti menyusu dari ibunya semasa berumur 2 tahun, dan kemudian menyusu dari ibu lain, dia tidak akan menjadi anak susuan ibu itu”. OK, Imam Malik tak kata tidak boleh menyusu badan lepas anak berumur 2 tahun, cuma dia kata tidak menjadi anak susuan kalau menyusu dengan orang lain lepas umur 2 tahun. Maknanya, boleh lah kan?
Tiada halangan jika anda nak menyusu anak sampai umur 9 tahun sekalipun. Malah dikatakan Imam Ghazali menyusu dari ibunya sampai umur 5 tahun! Agak-agak siapa lagi bijak, Imam Ghazali ke kata-kata orang di atas? Tapi, betul ke susu badan lepas anak umur 2 tahun dah tiada khasiat lagi? Menurut kajian, susu yang dihasilkan selepas anak berumur 2 tahun mengandungi lebih lemak (lemak untuk baby membesar, bukan lemak kolestrol tau) dan masih berkhasiat. Seorang pakar laktasi pernah juga beritahu saya, penyusuan melebihi 2 tahun akan
menyebabkan anak tersebut mengalami masalah untuk bercerai susu, bukan menyebabkan dia sakit atau apa...
Memang benar, ada doktor, malah ustaz dan ustazah yang mengatakan tidak boleh menyusukan melebihi usia 2 tahun sebab ayat Quran kat atas tadi tu menghadkan menyusu sampai 2 tahun saja... Had, OK, so full stop. Tapi, bila sesuatu tu tak dinyatakan dengan jelas, terpulang kepada pakar-pakarnya untuk mengeluarkan pendapat. Dalam Islam pun terdapat perbezaan pendapat, dan amat digalakkan bila ada berbeza pendapat ni. Malah, antara 4 imam pun pendapat tak sama, tapi tak ada yang salah. So, terpulanglah pada anda nak ambil pendapat yang mana dalam hal menyusukan anak ni.
Nak menyusu sampai 2 tahun ke, 3 tahun ke, 5 tahun ke, selagi larat, layan saja lah...Walau bagaimapun, kena ingat, walaupun bercerai susu badan, anak anda tu tetap kena minum susu untuk bekalan zat-zat terutamanya kalsium. Kalau anda nak beri susu lembu, boleh la beri sebab dah 2 tahun lebih pun. Kalau nak teruskan menyusu pun tak apa. Itu lebih baik kan? Free lagi... Cuma, sekiranya anda nak menyusukan anak selepas dia dah 2 tahun, pastikan anda
meneruskan diet yang sihat seperti sebelumnya. Dan berikan anak makanan pejal yang
sesuai dengan usianya. Sebab dah 2 tahun lebih, mereka lebih memerlukan makanan pejal dari susu. Sebab tu la anak susuan cuma sah di bawah usia 2 tahun je. Sebab bila dah 2 tahun
lebih, kalau diberi susu sahaja, dia takkan kenyang punya, confirm!
Misteri # 5: Bila Bayi Tak Tembam dan Kurang Berat
Macam-macam pendapat orang tentang ni. Ada yang kata, bayi susu ibu ni badannya
kurus. Ada yang kata badannya tegap. Ada yang kata bayi FM cepat besar. Macammacam
lah. Tapi, betul ke? Hafiy saya lahirnya 3.3 kg, sebulan umur, beratnya 5 kg. 2 bulan 6.3 kg. 3 bulan 7.4 kg. Menyusu badan je. Tak pernah pula saya bagi dia FM ataupun nestum dalam botol susu supaya cepat besar. Mak saya pun tak pernah bagi rasanya sebab tak pernah ada tin
nestum kat rumah. Bayi ni, tak kira la menyusu badan ke menyusu apa ke, dia punya growth rate atau kadar tumbesarannya unik dan tak sama antara satu dengan yang lain. Banyak la faktor nya... metabolisma, keturunan dsb. Sebab tu ada baby yang debab, ada yang kurus
keding, ada yang bulat dsb. Cuma, bila bayi yang menyusu tak mencapai berat yang sepatutnya’, atau pun dia memang capai berat yang ‘sepatutnya’ tapi tak sedebab bayi-bayi yang lain, ramai yang suka buat assumption yang sebab ibu tu tak cukup susulah atau susu dah kurang
khasiat. Paling lawak, ada yang kata susu awal pagi kalau minum akan memudaratkan bayi
tersebut sebab susu dah basi! Kalau nak tahu sebab sebenarnya, bawalah bayi anda jumpa doktor. Sesetengah doktor atau misi, kalau dibawa bayi macam ni kepadanya, for sure kena suruh bagi FM dah. Betul ke tindakan tu?
Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira tentang pertambahan berat bayi. Adakah berat bayi anda tidak bertambah langsung, bertambah dengan kadar sangat perlahan atau tidak bertambah dengan pesat tetapi tetap bertambah di dalam kadar pertumbuhan yang sederhana? Sekali lagi, kena ingat, perkembangan setiap bayi adalah unik. Walau macamana pun, jangan sampai anak kurang berat, anda buat tak tahu pula. Kalau yang cakap bayi anda tak cukup berat badan itu adalah doktor yang pakar dalam hal bayi dan kanak-kanak, sangat-sangatlah boleh diterima. Kalau yang cakap tu, orang-orang yang sangat tinggi kepakarannya dalam bidang bezamembeza, lebih baik buat tak tahu saja. Bukan apa, kadang-kadang orang ni, bila anak dia tembam dan anak orang lain tak, suka la cakap anak dia je yang sihat, susu dia je yang bagus.
Ingat, setiap baby adalah unik! Kalau anda rasa berat bayi tidak cukup menggalakkan, cuba bawa jumpa Paed yang pro-BF. Macam saya cakap tadi, kalau yang tak pro-BF sure diberi FM terus. Kalau yang pro-BF, atau lagi bagus Paed cum LC, dia mungkin akan periksa benda lain
berkaitan BF, contohnya kot anak anda ada masalah latching ke, hisapan tak kuat ke, dan sebagainya yang membuatkan dia tak dapat hisap susu dengan secukupnya. Mereka ni ada cara-cara nak mengatasi masalah ni, bukan terus bagi FM. Tapi biasanya kalau anda bawa bayi anda ke pemeriksaan bulanan, anda tak perlu risaulah, doktor atau misi akan beritahu jikalau bayi anda ada masalah berat. Yang jadi masalah kalau tukang beritahu yang anak anda tak cukup berat dan suruh bago FM tu tak ada kaitan langsung dengan institusi kesihatan.
Labels: Info
Last night was so terrible..i'm so evil..how dare i left my dear Qistina in her cot dgn menangis yg teresak2..yes i know i'm so evil..bukan sengaja nak tinggalkan dia but i've to iron baju..then nak mandi..nak solat isyak..masa tu dah dekat pukul 1130 p.m...dah la letih..kesian Qistina..dia tak nak tdo..bila bagi susu dia tdo kejap then bangun trus menangis..tak sempat nak buat keja..masa dia menangis tu i just pekak kan telinga jek..buat tak tau.."by the time dia menangis aku pun menangis sama"...huhuhu..tak tahan beb dgr dia menangis..
dlm kul 12 lebih settle semua keja..baru leh tdo kan Qistina..tapi kesian sbb dia dah tak leh nak tdo dgn nyenyak..bila dia tdo jek mesti tiba2 dia menangis..mayb sbb dia dah lama sgt menangis kut...huhuhu..sgt kesian anakku..ur mummy was so evil...so mlm tadi i've to hug her sepanjang mlm to calm her down..mummy mintak ampun ye...huhuhu......
Labels: Family
Tuesday, August 25, 2009

Shabir trying to give some food
the story actually started camni..beberapa mgg lepas my work place full of footprints and wondering siapa punya footprints..selang beberapa ari my friend punya tempat pulak kena kacau..Foods all over his place..kesian dia..tapi yang paling tragic skali ada tempat my friend yang musang tu jadikan tempat dia poo poo..OMG!! kesian sangat..
Because of that happen, last week our maintenance guy put on the trap in my office..the trap is actually infront of my work station..they just put in seketul pisang inside the cage..and the pisang dah busuk pun coz dah beberapa hari kat dlm cage tu..poor fox..
"Poor Fox..."
Maintenance guy cuba angkat the cage
Hari terakhir di TNB before kena hantar masuk belukar
Labels: Office
Monday, August 24, 2009
it was a year ago my last updates..omg!!that really shows how lazy I'm..last week I've got hidayah to update my blog..hehe..actually i want to update my blog but there's a lot of things to do..(alasan..heheh)..blogging can make me addicted..so now i nak update my blog but then do not know where to start...huhuhu..
ok lah just start with my lil one..she is now almost 8 months old..uish dah besar anak mummy ye..Zara Qistina is her name btw..skrg ni Qistina dah pandai berdiri but she has to hold something to balance up her body while standing..I managed to breast feed Qistina until now. Alhamdulillah...Altho this is my first time to breast feed Qistina during fasting month, i don't feel any difficulty at all..But arini first day keja dlm bulan puasa..hopefully my production can be the same as before fasting month..
Fasting month is the most laziest month to work..huhuhu..thats why pepagi buta dah upadate blog..hehehe..ok la its time for me to do some work..nanti tak sempat lak nak bagi boss sign because dia nak pegi Sabah tomorrow..For more updates..Tunggu!!!
Labels: Family
Tuesday, June 17, 2008
So lazy to update my blog. nothing inside my head. today i feel like want to update sumthing and here's come the updates. my little one is now 11 weeks and 1 day old. weehuuu!!next week i'll be in 2nd trimester. actually 2nd trimester will greatly decrease the risk of miscarriage, insyaallah. hopefully loya2 hilang ( jgn berharap sgt :( ) and my appetite goes up so that my lil one can grow up healthily.
yesterday i had nasi briyani for my dinner at Hassan bdr baru bangi. thank god dpt nasi briyani cos on my way back from ofis i feel so damn hungry n cannot tahan anymore. in my mine only nasi briyani. thanks honey!!. after having it like 2-3 suap i feel like want to vomit. huhuhu..kesian my hubby drive jauh2 nak mkn nasik briyani tapi mkn sikit je. sorry yg!!.
my belly is now growing. i can feel bila duduk. all my seluar cannot pkai anymore. only the one yang low waist je can fit me..huhuhu..so hubby is time for shopping spree..yeyey!!. btw, next week we'll be at Langkawi for our 3rd honeymoon + hubby's b'day celebration. yey!!. can shopping like heaven. so honey dun forget to bring all ur saving ;P
Friday, June 6, 2008
i'm 2 months or 9 weeks pregnant. i think it's not too late to start a blog for my baby.i wanted to start earlier, but i've no idea what i'm going to put in my blog. but now as my dear sister aka ur auntie yani give me a lot of idea and help me on how to create my blog then i think i should start now..heheh..
yesterday mummy went for monthly check up. alhamdulillah u are now 2 months old. mummy can see clearly ur heart beat. can't explain mummy's feelings that time. rugi ur daddy tak tgk kan..a bit sad cause ur daddy tak dpt nak temankan mummy, but it's ok since auntie leha teman kan mummy.
hoorey!! your beloved daddy will be home today. tak sabar nak jumpa daddy.

